Wednesday 22 January 2014

Next Story Jawatan Kosong Kolej Komuniti Pagoh – 16 Januari 2014

Next Story Jawatan Kosong <b>Kolej Komuniti</b> Pagoh – 16 Januari 2014


Next Story Jawatan Kosong <b>Kolej Komuniti</b> Pagoh – 16 Januari 2014

Posted: 14 Jan 2014 03:25 AM PST

Pihak Kolej Komuniti Pagoh akan mengambil Pekerja Sambilan Harian (PSH) bagi tahun 2014, bermula Januari 2014. Untuk makluman tuan/puan, tempoh perkhidmatan Pekerja Sambilan harian (PSH) ialah selama 3 bulan. Antara jawatan yang ditawarkan ialah seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut)

▶ Tenaga Pengajar bagi Bidang Fesyen
▶ Tenaga Pengajar bagi Bidang Pendidikan Islam / Kemahiran Insaniah
▶ Tenaga Pengajar bagi Bidang Bahasa Inggeris
▶ Tenaga Pengajar bagi Bidang Aplikasi Komputer

jawatan kosong kolej komuniti pagoh
Kolej Komuniti merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Penubuhannya diluluskan dalam Mesyuarat Kabinet pada 5 Julai 2000 dan Kolej Komuniti ditadbir urus oleh Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada 18 September 2009, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil alih dengan meletakkan Kolej Komuniti di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.

Cara Memohon

Sehubungan dengan itu, kami amat mengalu-alukan permohonan tuan/puan yang berminat dengan mengemukakan resume dan salinan sijil akademik (yang telah disahkan) yang berkaitan melalui emel admin@kkpagoh.edu.gov.my

Kolej Komuniti Pagoh
Kementerian Pendidikan Malaysia
No. 1, Jalan Jaya 1/5, Taman Pagoh Jaya,
84500 Muar, Johor Darul Takzim

Calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil menghadiri temuduga pada tarikh, masa dan tempat yang akan ditentukan. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi pihak pengurusan Kolej Komuniti Pagoh atau Pn. Nurulhidayah binti Hassan di talian 06-9736001. Maklumat lanjut mengenai jawatan kosong Kolej Komunit Pagoh boleh didapati disini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada : 16 Januari 2014

<b>Kolej Komuniti</b> Arau hasilkan kebaya Perlis terbesar | The <b>Malaysian</b> <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2013 06:29 PM PST

kkarau

KANGAR, 11 Nov: Kolej Komuniti Arau mencatat sejarahnya tersendiri apabila tersenarai dalam Malaysia Book of Records menerusi penghasilan baju kebaya Perlis terbesar.

Kebayaitu yang dipersembahdalam 'Program Kebaya Fest Road to Milan' bersaiz 8.5 kali ganda saiz 'M', menggunakan 341 meter kain dan disiapkan oleh pelajar dan pensyarah kolej dalam tempoh 15 hari.

Pengiktirafanitu disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records Zulhairi Md Zin di sini malam tadi, lapor Bernama.

Program yang julung kalidiadakanitu disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sebanyak 124 pasang kebaya diperaga dalam program yang disertai oleh 15 kolej komuniti yang menawarkan pengajian fesyen dari seluruh negara itu.

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Amir Md Noor dalam ucapannya berkata program berkenaan bukti kualiti kursus yang ditawarkan oleh kolej komuniti.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berangkat ke majlis. Hadir sama isteri menteri besar Perlis, Nor Aswana Omar.

No comments:

Post a Comment