Saturday 5 April 2014

kejohanan sukan kolej komuniti malaysia 2013 - unit belia dan ...

kejohanan sukan <b>kolej komuniti malaysia</b> 2013 - unit belia dan <b>...</b>


kejohanan sukan <b>kolej komuniti malaysia</b> 2013 - unit belia dan <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2014 07:59 PM PDT

 KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA 2013

4 - 7 OKTOBER 2013

KUANTAN, PAHANG


Kontinjen #KolejKomunitiSABAH bersama Pengerusi Maskom Negeri Sabah, Pengarah #KKTS dalam majlis perasmian Kejohanan Kolej Komuniti Malaysia 2013.

Tahniah kepada Kontinjen #KolejKomunitiSABAH yang membawa pulang pingat
1 Emas, 1 Perak & 1 Gangsa
dalam Kejohanan Sukan Kolej Komuniti 2013
.



<b>Kolej Komuniti</b> Miri perkenal Kursus Jangka Pendek Pengenalan <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2014 02:44 PM PST

MIRI: Kolej Komuniti Miri (KKM) akan menganjurkan Kursus Jangka Pendek Pengenalan Huruf bagi golongan yang masih belum tahu membaca dan menulis terutamanya golongan suri rumah.

Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin berkata, masih terdapat golongan yang tidak tahu membaca dan menulis khasnya mereka yang berasal dari pedalaman.

"Kita mengenal pasti lebih lima orang yang masih tidak tahu membaca dan menulis dan selepas mereka menghadiri kursus ini, mereka sekurang-kurangnya boleh menulis," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, kebanyakan golongan terbabit berasal dari luar bandar dan mereka menghadapi kesukaran untuk membaca dan menulis khasnya dalam urusan dokumentasi.

"Kita bercadang agar KKM menganjurkan satu kursus jangka pendek khasnya untuk golongan ini supaya sasaran untuk mengurangkan golongan buta huruf tercapai," jelasnya.

Menurutnya, kelas untuk golongan dewasa itu kemungkinan akan dibuat hujung minggu dengan sasaran 20 hingga 30 pelajar dengan bayaran yuran serendah RM10.

Sementara itu, Pengarah KKM Safie Abdul Rahman berkata pihaknya akan membuat pemgambilan pelajar bagi kursus Sijil Penyelenggaraan Industri dan Sijil Reka Bentuk Dalaman.

"Sijil Penyelenggaraan Industri akan dibuka pada Jun atau Julai nanti dan pelajar tempatan disarankan merebut peluang ini kerana terhad kepada 30 pelajar sahaja," katanya.

Safie memberitahu, yuran pengajian kursus terbabit adalah RM200 setiap semester dan paling murah manakala pelajar layak boleh memohon biasiswa atau pinjaman.

"Bagi pelajar yang mempunyai pendapatan gaji bawah RM3,000, mereka layak memohon biasiswa, manakala mereka yang mempunyai gaji RM4,000 ke atas boleh memohon pinjaman," katanya.

Menurutnya, pelajar yang layak memohon harus mempunyai kelulusan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus Matematik selain kepujian dalam mana-mana subjek.

Pelajar yang berminat boleh menghubungi KKM menerusi talian 085-653545 atau menerusi laman laman Facebook KKM Miri.

Print Friendly

No comments:

Post a Comment