Monday 19 May 2014

Semakan SMS: Keputusan Permohonan Kemasukan ke Politeknik ...

Semakan SMS: Keputusan Permohonan Kemasukan ke Politeknik <b>...</b>


Semakan SMS: Keputusan Permohonan Kemasukan ke Politeknik <b>...</b>

Posted: 07 May 2014 04:38 AM PDT

Education Malaysia for Students : Semakan SMS: Keputusan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Gara-gara tak dapat pindah, pensyarah <b>Kolej Komuniti</b> maki negeri <b>...</b>

Posted: 13 May 2014 12:18 AM PDT

Gara-gara tak dapat pindah, pensyarah Kolej Komuniti maki negeri Sarawak (7 Gambar)

Gara-gara tidak puas hati kerana tidak dapat berpindah daripada berkhidmat di bumi kenyalang, seorang pensyarah kolej komuniti meluahkan perasaan di Facebook milik peribadinya dengan kata-kata makian kepada negeri Sarawak. 

Antara kata makiannya seperti "Sarawak Daif, Haram jadah, orang Sarawak seperti lembu di cucuk hidung...dan bermacam-macam lagi". Ikuti status beliau dibawah:

Pensyarah yang menggunakan nama Jonathan Joseph turut memuat naik gambar simbol makian. Menurut info yang dikongsi rakyat Sarawak di komen page I Love Sarawak, pensyarah tersebut mengajar di Kolej Komuniti Bentong, Sarawak.

Perbuatan pensyarah tersebut telah membuatkan rakyat Sarawak berang. Ramai yang berkongsikan status dan gambar pensyarah tersebut dan mahukan tindakan segera dari pihak kementerian pendidikan. Tidak kurang juga mahukan kerajaan Negeri Sarawak menghalau penyarah berkenaan secepat mungkin.

Sebenarnya, pensyarah tersebut sudah lama tidak berpuas hati kerana permohonan berpindah gagal untuk kesekian kalinya. Pada tahun 2012 dan 2013, dia turut memuat naik status namun tidak se radikal seperti baru-baru ini.

Namun, tindakan beliau memaki hamun adalah suatu perkara yang tidak wajar dilakukan oleh seorang tenaga pengajar. Sekiranya beliau tidak mahu memberikan khidmat di negeri itu, perkara terbaik ialah meletak jawatan dan memberikan kepada yang betul-betul layak. Seorang pendidik seharusnya tahu erti pengorbanan.

Gambar pensyarah yang dikongsikan di laman-laman Facebook Page Sarawak:

Lagi kata-kata makian dan komen-komen Jonathan di Facebook beliau:

UPDATE: Akses ke laman Facebook Jonathan telah di tutup.

pensyarah <b>kolej komuniti</b> hina dan kutuk sarawak <b>...</b> - Wira Kenyalang

Posted: 13 May 2014 10:00 PM PDT

Tindakan seorang pensyarah Kolej Komuniti yang membuat 'posting' menghina dan mengutuk Sarawak dalam facebook amat dikesali rakyat Sarawak.

Dalam posting Facebooknya, pensyarah yang dikenali sebagai 'Johanthan Joseph' yang berkhidmat di Kolej Komuniti Betong telah meluahkan perasaan dengan menghina dan mengutuk Sarawak.

Kenyataan pensyarah itu boleh menimbulkan perasaan kurang senang antara rakyat negeri ini dan Semenanjung Malaysia.

Melibatkan negeri dalam soal peribadi adalah tidak wajar kerana akan menyebabkan perasaan kurang senang antara penduduk Sarawak dan Semenanjung.

Disebabkan perkara ini sudah diketahui umum adalah lebih baik pihak berwajib (Kolej Komuniti) supaya menjalankan siasatan segera supaya rakyat mengetahui cerita sebenar.

Perkara ini sangat serius kerana boleh merencatkan usaha kerajaan mentransformasikan pendidikan negara dalam melahirkan modal insan.

Sekiranya pendidik tidak dapat memberikan perkhidmatan dengan berkualiti dan sambil lewa pasti sukar melahirkan modal yang berkualiti tinggi.

No comments:

Post a Comment