Monday 22 September 2014

Fiesta Keusahawanan Kolej Komuniti Kuching cukup meriah ...

Fiesta Keusahawanan <b>Kolej Komuniti</b> Kuching cukup meriah <b>...</b>


Fiesta Keusahawanan <b>Kolej Komuniti</b> Kuching cukup meriah <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2014 03:17 PM PDT

KUCHING: Kira-kira 1,000 pengunjung termasuk pelajar dan masyarakat setempat memeriahkan Fiesta Keusahawanan Kolej Komuniti Kuching yang berlangsung selama dua hari di sini berakhir semalam.

Pengarah Kolej Komuniti Kuching Saidi Japari berkata, program tersebut merupakan anjuran Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Kuching bertujuan memberi pengetahuan sekali gus membuka peluang kepada pelajar mengimplimentasi kemahiran berkomunikasi dan beriteraksi semasa urusan jual beli dengan masyarakat.

Jelasnya, antara objektif program tersebut adalah bagi meningkatkan minat peserta menjadi usahawan di samping memberi pengetahuan tentang model terbaharu yang dapat diaplikasi dalam perniagaan.

"Selain itu, program ini secara tidak langsung dapat membentuk daya pemikiran kreatif dan kritis di kalangan pelajar bagi mewujudkan perniagaan yang lebih maju pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Penutupan Fiesta Keusahawanan Kolej Komuniti Kuching di sini, semalam.

Menurut Saidi, program dua hari itu diisi dengan acara autoshow (kereta dan motosikal), 30 gerai jualan terbuka kepada pelajar dan orang luar, pertandingan explorace, catur bistari, gerai jualan tercantik, seminar, kempen derma darah, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan 10 kursus pendek.

Saidi berkata, beberapa program berbentuk keusahawanan berjaya dilaksanakan oleh Unit Keusahawanan seperti Program Pembudayaan Keusahawanan di Medan Niaga Satok, Pertandingan KG3 anjuran Universiti Putra Malaysia dan Program Keusahawanan Sosial dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, seorang peserta gerai jualan, Cornelius Dongum, 22, pelajar jurusan Landskap & Pengurusan Nurseri berharap kursus seumpama itu dapat diadakan lebih kerap kerana ia dapat membuka minda pelajar tentang peluang perniagaan sebelum menceburkan diri secara serius selepas menamatkan pengajian.

"Program ini sungguh bermanfaat kerana mendedahkan pelajar tentang cara menguruskan perniagaan kerana ia turut berkait rapat dengan kursus yang dipelajari semasa belajar di Kolej Komuniti.

"Sebagai contoh, saya dan rakan-rakan daripada jurusan landskap dan nurseri dapat memanfaatkan kemahiran kami dalam penjagaan bunga dan tumbuhan yang boleh dikomersialkan bagi menambah pendapatan," jelasnya.

Print Friendly

No comments:

Post a Comment