Sunday 9 February 2014

Kursus BI Untuk Pemandu Teksi Di Terengganu - MyNewsHub.My ...

Posted: 05 Feb 2014 09:34 PM PST

KUALA TERENGGANU – Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan kursus Bahasa Inggeris untuk pemandu teksi di negeri ini.

Ketua Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat KKKT Johari Omar berkata menerusi kursus empat hari itu, pemandu teksi diajar bahasa Inggeris yang mudah bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan pelancong asing, lebih-lebih lagi sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ini.

"Kebanyakan mereka berumur 40 tahun ke atas dan tidak faham bahasa Inggeris. Jadi kita mengajar mereka bahasa Inggeris manakala pemandu teksi mengiklankan peluang belajar di KKKT di teksi-teksi mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kolaborasi KKKT dengan Persatuan Pemandu Teksi Kuala Terengganu dan Marang yang disempurnakan Penasihat KKKT Datuk Mohd Sabri Alwi di sini hari ini.

Sebanyak 45 pemandu teksi telah mengikuti kursus singkat empat hari dalam dua sesi pada 17/18 Jan dan 24/25 Jan lalu.

Johari berkata selepas menjalani kursus itu, pemandu teksi didapati memahami beberapa perkataan dan ungkapan asas bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka berinteraksi dengan pelancong asing.

Beliau berkata selepas ini KKKT akan mengadakan kursus yang sama kepada pemandu-pemandu bot pelancong ke Pulau Perhentian, Besut.

Ahmad Che Nuh, 55, ketika ditemui berkata kursus itu sangat berguna kepada mereka.

"Walaupun kami dapat bercakap beberapa patah saja perkataan bahasa Inggeris, namun ia sangat membantu," katanya yang menjadi pemandu teksi sejak 20 tahun lalu.

Katanya sebelum ini pemandu teksi menggunakan isyarat tangan apabila berinteraksi dengan pelancong asing terutama mengenai angka atau jumlah tambang yang dikenakan yang kadang kali menimbulkan kekeliruan. – BERNAMA

Kursus BI Untuk Pemandu Teksi Di Terengganuhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Pemandu-Teksi-1024x618.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Pemandu-Teksi-150x150.jpg06 February 2014 MyNewsHub Terkini,

KUALA TERENGGANU - Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan kursus Bahasa Inggeris untuk pemandu teksi di negeri ini. Ketua Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat KKKT Johari Omar berkata menerusi kursus empat hari itu, pemandu teksi diajar bahasa Inggeris yang mudah bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan pelancong asing,...

KUALA TERENGGANU - Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan kursus Bahasa Inggeris untuk pemandu teksi di negeri ini.

Ketua Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat KKKT Johari Omar berkata menerusi kursus empat hari itu, pemandu teksi diajar bahasa Inggeris yang mudah bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan pelancong asing, lebih-lebih lagi sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ini.

"Kebanyakan mereka berumur 40 tahun ke atas dan tidak faham bahasa Inggeris. Jadi kita mengajar mereka bahasa Inggeris manakala pemandu teksi mengiklankan peluang belajar di KKKT di teksi-teksi mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kolaborasi KKKT dengan Persatuan Pemandu Teksi Kuala Terengganu dan Marang yang disempurnakan Penasihat KKKT Datuk Mohd Sabri Alwi di sini hari ini.

Sebanyak 45 pemandu teksi telah mengikuti kursus singkat empat hari dalam dua sesi pada 17/18 Jan dan 24/25 Jan lalu.

Johari berkata selepas menjalani kursus itu, pemandu teksi didapati memahami beberapa perkataan dan ungkapan asas bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka berinteraksi dengan pelancong asing.

Beliau berkata selepas ini KKKT akan mengadakan kursus yang sama kepada pemandu-pemandu bot pelancong ke Pulau Perhentian, Besut.

Ahmad Che Nuh, 55, ketika ditemui berkata kursus itu sangat berguna kepada mereka.

"Walaupun kami dapat bercakap beberapa patah saja perkataan bahasa Inggeris, namun ia sangat membantu," katanya yang menjadi pemandu teksi sejak 20 tahun lalu.

Katanya sebelum ini pemandu teksi menggunakan isyarat tangan apabila berinteraksi dengan pelancong asing terutama mengenai angka atau jumlah tambang yang dikenakan yang kadang kali menimbulkan kekeliruan. - BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

No comments:

Post a Comment